Panglima Briged Ketiga Infrantri Malaysia, Brig Jen Datuk Pahlawan Redzuan Baharuddin, berkata pengambilan itu terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan.
"Pegawai dan anggota Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat Kuala Lumpur, akan hadir untuk menguruskan sesi pengambilan itu," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Koordinasi Hari Terbuka ATM di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini.
Redzuan berkata selain di Kuching, sambutan akan turut diadakan di Taman Panorama Benak, Tebingan Sungai Batang Lupa, Sri Aman, Dataran Sibu, Sibu dan di padang Majlis Bandaraya Miri, Miri.
Katanya, 50,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program dua hari itu yang antara lain bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara anggota keselamatan negara bersama masyarakat.
"Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran peralatan dan persenjataan ketenteraan, pameran oleh agensi awam dan swasta, pertandingan sukan, pertandingan kategori kanak-kanak, Ratu Kebaya, karaoke dan persembahan pentas," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Hari terbuka ATM di Kuching, Sabtu dan Ahad ini
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/hari-terbuka-atm-di-kuching-sabtu-dan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Hari terbuka ATM di Kuching, Sabtu dan Ahad ini
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Hari terbuka ATM di Kuching, Sabtu dan Ahad ini
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar