PRU13: Muhyiddin rasmi peletakan batu asas Pusat Sukan Jerlun

Written By Unknown on Selasa, 23 April 2013 | 15.09

JITRA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan majlis peletakan batu asas pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di Sanglang dekat sini.

Pusat sukan hasil inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) itu ialah tanda keprihatinan BN terhadap golongan muda khususnya dalam kawasan Parlimen Jerlun yang memerlukan pembangunan kemudahan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sihat.

Muhyiddin ketika berucap pada majlis itu berkata walaupun Kedah ditadbir kerajaan PAS, BN tetap prihatin dengan rakyat yang mahukan pembangunan yang gagal dibawa pakatan pembangkang setelah hampir lima tahun memerintah negeri ini.

"Kerajaan negeri tak berupaya laksanakan kemajuan, kita (BN) ambil alih supaya Kedah terus maju berkat usaha BN," katanya.

Pusat sukan berkeluasan lebih 10 hektar itu terletak bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang dan bernilai lebih RM3 juta.

Ia merangkumi pembinaan pusat kegiatan sukan lengkap dengan podium mini, trek joging, gelanggang futsal, padang permainan kanak-kanak dan padang terbuka untuk kegunaan orang ramai.

Lebih 2,000 ahli masyarakat sekitar kawasan Parlimen Jerlun hadir sebagai tanda sokongan terhadap satu lagi projek yang dilaksanakan kerajaan persekutuan itu. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

PRU13: Muhyiddin rasmi peletakan batu asas Pusat Sukan Jerlun

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/pru13-muhyiddin-rasmi-peletakan-batu.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PRU13: Muhyiddin rasmi peletakan batu asas Pusat Sukan Jerlun

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PRU13: Muhyiddin rasmi peletakan batu asas Pusat Sukan Jerlun

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger