Lelaki maut ditembak ketika makan bersama keluarga

Written By Unknown on Senin, 15 April 2013 | 15.09

SEREMBAN: Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, di sini, semalam.

Tan Kok Soon, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan di bahagian belakang badan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan, Superintendan Zazali Hashim, berkata Tan ditembak oleh dua lelaki yang datang dari arah belakang ketika sedang makan malam bersama isteri dan dua anaknya pada 6.55 petang.

"Kejadian itu berlaku amat pantas sehingga beberapa pelanggan lain yang berada di restoran itu tergaman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dipercayai dengan sebuah motosikal.

Polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Lelaki maut ditembak ketika makan bersama keluarga

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/lelaki-maut-ditembak-ketika-makan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Lelaki maut ditembak ketika makan bersama keluarga

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Lelaki maut ditembak ketika makan bersama keluarga

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger