Abdul Ghani lega dapat lepas jawatan MB

Written By Unknown on Rabu, 17 April 2013 | 15.09

JOHOR BAHRU: Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menyangkal dakwaan pembangkang bahawa beliau diletak bertanding di kerusi parlimen kerana UMNO tidak mahu lagi beliau menjadi Menteri Besar Johor.

Sebaliknya, Abdul Ghani berkata beliau berasa gembira kerana bakal dapat melepaskan jawatan itu.

"I'm happy to finish off as menteri besar.(Saya gembira kerana dapat mengakhiri tugas di peringkat negeri sebagai Menteri Besar).

"Saya lega kerana telah cuba menyempurnakan amanah yang diserah kepada saya sebaik mungkin dan saya dapat buat sepanjang empat penggal sebagai Menteri Besar," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau mengulas dakwaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang pada satu ceramah berkata, Abdul Ghani diletak bertanding di kerusi Parlimen Gelang kerana Umno tidak mahu lagi beliau sebagai menteri besar.

Pada pilihan raya umum kali ini, Abdul Ghani yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Serom, akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Lim.

Mengulas pencapaiannya sepanjang menjadi menteri besar sejak 1995, Abdul Ghani berkata, Johor melalui perubahan secara holistik iaitu menikmati kestabilan dari segi hubungan masyarakat dan juga ekonomi.
"Ini telah menjadi asas yang begitu kuat kepada negeri Johor untuk menempa kemajuan yang jauh lebih cemerlang," katanya.

Mengulas menteri besar baru, Abdul Ghani berkata, beliau yakin rakyat akan memberi sokongan padu kepada siapa juga yang akan dilantik menggantikannya jika Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Johor.

Ditanya perasaannya bakal berdepan dengan 'orang kuat' DAP di Gelang Patah, Abdul Ghani berkata, beliau akan memikul amanah yang diberi pucuk pimpinan BN itu sebaik mungkin.

Walaupun ada usaha pembangkang untuk memecahbelahkan persefahaman dan perpaduan di negeri Johor pada pilihan raya umum ke-13 ini, rakyat akan ikut 'cara Johor' iaitu terus memilih BN sebagai parti pilihan mereka, katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Abdul Ghani lega dapat lepas jawatan MB

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/abdul-ghani-lega-dapat-lepas-jawatan-mb.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Abdul Ghani lega dapat lepas jawatan MB

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Abdul Ghani lega dapat lepas jawatan MB

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger