Polis KL terima 46 laporan berkaitan PRU

Written By Unknown on Rabu, 17 April 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menerima 46 laporan berkaitan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sejak Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lalu, termasuk tiga kes ugutan jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, kes ugutan jenayah itu membabitkan tindakan parti politik menaikkan bendera di kawasan parti lawan, dan diugut penyokong parti lawan dengan menggunakan senjata tajam seperti parang.

"Bagaimanapun, jumlah terbesar laporan yang diterima melibatkan perhimpunan atau ceramah parti politik tanpa permit, iaitu sejumlah 18 kes," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Izany berkata, polis juga menerima laporan mengenai halangan atau provokasi semasa memasang bendera parti iaitu sebanyak 16 kes, membakar bendera parti (empat kes), curi bendera (dua), pengedaran risalah (satu), dan penyerahan memorandum tidak berpuas hati terhadap manifesto parti-parti politik (dua).

Beliau berkata, pihak polis menyiasat kesemua kes berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada tanpa mengambil kira individu atau mana-mana parti yang terbabit.

Izany turut menasihatkan calon dan penyokong parti supaya mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan atau ceramah bagi memudahkan polis memantau dan mengawal perhimpunan yang diadakan.

"Penyokong parti diminta supaya tidak memasang bendera di lampu-lampu isyarat atau mana-mana tempat yang boleh menghalang perjalanan trafik dan pandangan pengguna lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan dan kemalangan jalan raya," katanya.
Beliau berkata keadaan cuaca yang tidak menentukan juga turut menyebabkan bendera parti rosak dan untuk itu, petugas-petugas parti politik dinasihatkan supaya sentiasa memantau dan membersihkan kawasan mereka memasang bendera bagi mengelakkan salah sangka atau tanggapan bendera atau lambang parti berkenaan dirosakkan oleh pihak lawan.

"Sedangkan bendera parti berkenaan rosak, tumbang atau jatuh disebabkan oleh faktor cuaca," katanya.

Justeru itu, beliau berharap semua aktivis parti supaya mengamalkan sikap berbaik sangka dan bertoleransi serta mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Polis KL terima 46 laporan berkaitan PRU

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/polis-kl-terima-46-laporan-berkaitan-pru.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Polis KL terima 46 laporan berkaitan PRU

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Polis KL terima 46 laporan berkaitan PRU

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger