Malaysia negara Asia pertama tuan rumah Persidangan Global Women Deliver

Written By Unknown on Senin, 29 April 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara Asia pertama diberikan penghormatan menjadi tuan rumah Persidangan Global Women Deliver 2013 ketiga, selama tiga hari mulai 28 Mei ini, kata Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) hari ini.

MyCEB berkata persidangan ini dijangka menarik 5,000 perwakilan dan menjana kira-kira RM72.5 juta dalam impak ekonomi.

"Persidangan itu akan memberi tumpuan ke atas pelbagai isu kritikal berkaitan kesihatan dan kadar kematian dalam kalangan wanita. Secara keseluruhannya persidangan akan mengetengahkan dan menekankan mengenai pentingnya melabur untuk kesihatan, pendidikan, pengupayaan dan hak wanita.

"Tokoh yang akan berucap pada persidangan itu termasuk Puteri Mahkota Mette-Marit dari Norway dan Melinda Gates dari Bill and Melinda Gates Foundation," katanya.
Kenyataan MyCEB itu juga menyebut persidangan itu dianjurkan oleh Women Deliver yang beribu pejabat di New York.

"Persidangan itu yang dilancarkan pada 2007, sebelum ini berlangsung di London dan Washington," katanya.

Wanita, Keperluan yang belum dipenuhi bagi Perancangan Keluarga dan Rangka Kerja Pembangunan Pasca 2015 adalah tiga tema perbincangan kali ini.
Kenyataan itu menyebut Women Deliver 2013 mencerminkan rekod baik Malaysia dalam penganjuran persidangan gobal, selari dengan misi MyCEB dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bertujuan meningkatkan perniagaan ketibaan pelancong ke negara ini.

MyCEB diwujudkan oleh Kementerian Pelancongan bagi mengukuhkan lagi jenama pelancongan perniagaan Malaysia serta kedudukan dalam pasaran acara perniagaan antarabangsa. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Malaysia negara Asia pertama tuan rumah Persidangan Global Women Deliver

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/malaysia-negara-asia-pertama-tuan-rumah.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Malaysia negara Asia pertama tuan rumah Persidangan Global Women Deliver

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Malaysia negara Asia pertama tuan rumah Persidangan Global Women Deliver

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger