Seramai 10,000 orang dijangka menyertai kayuhan bersama perdana menteri dan anggota kabinet mengelilingi sekitar kawasan pusat pentadbiran negara itu esok, ketika tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 negara masih misteri.
Dr Mohd Ghani yang juga urusetia program berkata ia selaras dengan penekanan yang diberikan Najib mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif serta sihat, di samping menarik perhatian orang ramai menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan keindahan Putrajaya.
Katanya, sehingga kini lebih separuh daripada jumlah sasaran peserta sudah mendaftar untuk menyertai acara yang dibahagikan kepada laluan 'ceria' 12 km dan laluan 'cergas' 20 km itu.
Beliau berkata, mereka yang sudah mengesahkan penyertaan itu terdiri daripada kalangan warga pelbagai kementerian di sini, anggota pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, wakil-wakil komuniti, dan juga orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat.
Mohd Ghani berkata, pihaknya masih menerima banyak pengesahan penyertaan dari pelbagai pihak, dan ini belum mengambil kira jumlah peserta yang akan tampil sendiri bagi menyertai kayuhan esok tanpa membuat pengesahan awal.
"Kami menyediakan 5,000 basikal untuk orang ramai yang berhasrat menyertai program ini, namun ia disediakan dengan ketetapan 'siapa dulu dia dapat', dan orang ramai digalakkan datang membawa basikal sendiri," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya itu berlangsung dalam suasana ketika seluruh ahli politik negara sedang berkira-kira mengenai tarikh pilihan raya yang semakin hampir, memandangkan hujung bulan ini ialah tarikh tamat tempoh parlimen.
Acara kayuhan sekitar Putrajaya adalah acara bulanan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, manakala program 'Jom Ceria di Putrajaya' pula diperkenalkan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat sebagai acara bulanan bagi memeriahkan lagi Putrajaya.
Teka-teki tarikh pilihan raya memuncak sejak minggu lalu apabila perdana menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Barisan Nasional negeri dan parti-parti komponen BN.
Namun Najib tetap menyelitkan unsur santai dan 'cool' dalam aktivitinya, dengan yang terbaharu membawa keluarganya makan tengah hari di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota dua hari lalu di tengah-tengah kesesakan orang ramai.
Mohd Ghani berkata, semalam Ahmad Shabery dan Aseh mengetuai sekumpulan 200 penunggang basikal mengelilingi kawasan sekitar Putrajaya, sebagai acara 'pemanas badan' untuk program kayuhan esok.
Katanya, petang ini juga sekumpulan penunggang sudah merancang untuk sekali lagi berkonvoi bagi acara pemanas badan, dengan semangat peserta nampak ceria dan berkobar-kobar.
Tinjauan mendapati sekitar kawasan permulaan dan tamat acara kayuhan sudah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan, dengan beberapa penunggang basikal sudah mula berkayuh meninjau laluan.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kira-kira 10,000 dijangka sertai Kayuhan Patriotik bersama PM esok
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/kira-kira-10000-dijangka-sertai-kayuhan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kira-kira 10,000 dijangka sertai Kayuhan Patriotik bersama PM esok
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kira-kira 10,000 dijangka sertai Kayuhan Patriotik bersama PM esok
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar