Mohd. Zaidi Mohd. Said, 43, berkata kejadian disedari oleh ayahnya Mohd. Said Abdul Hamid, 70, yang datang ke rumahnya jam 6 pagi tadi.
"Dia (ayah) tengok pintu belakang rumah terbuka dan dia masuk ke dalam rumah mendapati semua bilik telah digeledah oleh penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang," katanya semasa ditemui di rumahnya, di sini.
Mohd. Zaidi berkata sebaik dimaklumkan, beliau terus pulang ke rumah dan mendapati sebuah peti besi mengandungi barang kemas milik isterinya, tiga jongkong emas seberat 750 gram, tiga komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen serta sebuah motosikal jenis Honda hilang.
"Selepas memeriksa saya dapati mereka (penjenayah) melarikan peti besi terbabit yang berada dalam bilik utama yang mengandungi pelbagai barang berharga dan sebuah motosikal milik anak saya, kesemuanya bernilai lebih RM100,000 lesap," katanya.
Mohd. Zaidi berkata, penjenayah meninggalkan kesan tapak kaki dalam rumah dan sepasang kasut di luar rumah.
Beliau dan isteri Santanina Salleh, 41 berharap polis dapat mengesan mereka yang terbabit dalam kejadian itu kerana pelbagai barangan yang hilang itu sangat berharga.
"Saya membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sangat berharap mereka yang memecah masuk ke rumah kami dapat ditangkap secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis di sini ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dipecah masuk
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/rumah-ketua-pemuda-umno-permatang-pauh.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dipecah masuk
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dipecah masuk
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar