Mohd Noor berkata, menjadi kewajipan bagi orang Islam di negara ini untuk menyertai jemaah Islam di bawah satu panji bagi mengelakkan berlaku perpecahan yang lebih teruk di kalangan mereka.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai lima badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa mewakili ulama dan pendakwah di Kelantan yang mahu umat Islam di negara ini menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi kesucian umat Islam.
Lima NGO berkenaan adalah Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIP), Pendidikan Fakta (Pendita) dan Selamat Tinggal PAS (STP).
Mohd Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan berkata, perjuangan PAS kini sejak bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah semata-mata untuk menguasai Putrajaya dan membelakangkan perjuangan menegakkan Islam. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Umat Islam perlu bersatu di bawah jemaah Islam yang memerintah
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/umat-islam-perlu-bersatu-di-bawah.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Umat Islam perlu bersatu di bawah jemaah Islam yang memerintah
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Umat Islam perlu bersatu di bawah jemaah Islam yang memerintah
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar