Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pengamal media tidak boleh menganggap diri mereka sentiasa dilindungi dan sebaiknya mereka mengelak daripada melawati negara yang boleh membawa
kemelut peperangan ataupun dalam keadaan huru hara, kita harus meletakkan negara
itu di belakang dalam pemilihan kita.
"Kita tidak boleh terus tentukan bahawa kita akan diberi perlindungan misalnya, ataupun insurans yang ada pada kita ia tidak boleh menjamin kita boleh menjayakan tugas kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan
kunjungan ke rumah Anggota Dewan Undangan Negeri Chennah sempena perayaan Tahun
Baharu Cina, di Titi, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai insiden yang menimpa Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, mendiang Claudia Theophilus, yang terbunuh akibat terkena tembakan secara tidak sengaja di Lebanon, Sabtu lalu.
Di samping melahirkan rasa dukacita di atas kejadian itu, Rais berkata soal
keselamatan terutama yang boleh mengancam nyawa tidak boleh dipandang ringan dan
seseorang pengamal media itu sebaiknya menyerahkan tugasan itu kepada pihak lain
jika khuatir tentang keselamatan dirinya.
"Nyawa sangat bernilai dan apabila kecederaan berlaku atau ditimpa maut misalnya hal ini tidak dapat kita huraikan lagi, jadi kita perlu sentiasa
bersiap sedia dan etika bagi membuat liputan di luar negara perlu dipatuhi
sebelum sesuatu itu dirancang," katanya.
Terdahulu, Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata, sambutan perayaan
Tahun Baharu Cina kali ini yang turut dirayakan bersama masyarakat lain
menunjukkan keakraban hubungan pelbagai kaum di negara ini sekali gus
mencerminkan kejayaan gagasan 1Malaysia.
"Kerapatan ini kita nilai dalam menjayakan budaya kita iaitu memberi penghormatan dalam agama masing-masing selain daripada kita mengisi tuntutan
kemasyarakat negara ini.
"Kita berharap selepas ini kita dapat menjayakan nilai-nilai murni dan perubahan sikap serta cara kita untuk membantu antara satu sama lain," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pengamal media perlu sentiasa bersedia ketika bertugas di luar negara
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/pengamal-media-perlu-sentiasa-bersedia.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pengamal media perlu sentiasa bersedia ketika bertugas di luar negara
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pengamal media perlu sentiasa bersedia ketika bertugas di luar negara
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar