"Rakan global kami juga terkejut dan mahu tahu hasil siasatan. Walaupun laporan media menyebut gajah terbabit mati akibat diracun, kita hanya akan tahu punca sebenar selepas hasil bedah siasat keluar.
Katanya, LEAP menyambut baik janji Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang mahu memastikan kejadian itu disiasat secara terperinci dan pihak bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
Ong berkata, LEAP juga menyokong sepenuhnya kenaikan taraf gajah pigmi kepada Bahagian 1 Jadual 1 di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah yang memperuntukkan haiwan itu status Perlindungan Penuh.
"Hukuman lebih keras beserta peningkatan penguatkuasaan dan pendakwaan pihak bersalah akan menjadi langkah pencegahan yang berkesan bagi memastikan kejadian tragik ini tidak berulang," katanya.
Ong turut menyambut baik kenyataan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun bahawa kerajaan negeri akan melihat semula usaha pemuliharaannya serta memperkukuhkan Pelan Tindakan Gajah bagi memastikan tragedi itu tidak berulang.
Ong menegaskan kerajaan negeri juga harus berusaha mengenal pasti dan memperoleh tanah swasta untuk tujuan pemuliharaan hidupan liar.
Seorang ahli Lembaga Pengarah LEAP, Prof Dan Kammen dari University of Berkeley, California turut meluahkan rasa sedih atas kejadian itu.
"Kejadian itu yang berlaku di Sabah yang adalah pemimpin dalam usaha mengintegrasi pemuliharaan, pengawasan dan pembangunan lestari, menunjukkan pengawasan berterusan amat penting dalam melindungi dan mempertahankan masa depan kita bersama," katanya dalam kenyataan itu.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Umum hasil siasatan gajah pigmi mati kepada masyarakat: LEAP
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/umum-hasil-siasatan-gajah-pigmi-mati.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Umum hasil siasatan gajah pigmi mati kepada masyarakat: LEAP
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Umum hasil siasatan gajah pigmi mati kepada masyarakat: LEAP
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar