Katanya, penggunaan nama baru ini sesuai berdasarkan pelbagai tanggungjawab unik yang dijalankan pegawai dan anggota jabatan itu dalam membangun semula sumber manusia.
Turut hadir Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Penjara Datuk Sri Zulkifli Omar.
Katanya, usaha jabatan ini melalui pemulihan di luar tembok penjara tidak boleh mengabaikan keperluan pembangunan semula penghuni yang masih berada di dalam penjara.
"Bagi saya, pencapaian pemulihan di dalam penjara menjadi asas serta penentu kejayaan pemulihan di luar penjara. Latihan kemahiran vokasional, pendidikan, kerohanian, kaunseling dan bimbingan untuk penghuni penjara perlu dikembangkan lagi supaya segala persiapan diri yang diberikan adalah di landasan yang betul sebelum seseorang penghuni keluar dari tembok penjara untuk bersama keluarga dan masyarakat," katanya.
Abu Seman berkata, pelbagai program sudah dirancang jabatan itu untuk tahun 2013 dan ia termasuk meluaskan latihan kemahiran bersijil, program sara diri, pembebasan berlesen dan program pemindahan antarabangsa banduan.
Katanya, segala program yang dilaksanakan ini perlu memberikan impak maksimum kerana rakyat hanya mahukan yang terbaik.
"Saya percaya usaha yang dicurahkan akan memperoleh kejayaan dan keyakinan masyarakat akan terus meningkat. Saya yakin dengan keupayaan Jabatan Penjara untuk menjadi sebuah organisasi 'pemulihan' yang unggul dan mampu menghadapi sebarang cabaran," katanya.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Penjenamaan semula Jabatan Penjara disokong: Abu Seman
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/penjenamaan-semula-jabatan-penjara.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Penjenamaan semula Jabatan Penjara disokong: Abu Seman
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Penjenamaan semula Jabatan Penjara disokong: Abu Seman
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar