Beliau berkata pengumuman barisan Exco akan dibuat selepas mendapat perkenaan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mengenai kedudukan satu-satunya calon MCA di Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang menang pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas, Zambry berkata perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti itu.
"Dr Mah mempunyai ciri-ciri yang sangat istimewa. Jika boleh, saya mahu beliau masih berada dalam senarai Exco. Apa-apa pun keputusan, merujuk kepada pucuk pimpinan (MCA)," katanya.
Dr Mah yang sebelum ini ialah Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum lepas.
Semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapaian yang layu parti itu pada pilihan raya umum kali ini.
Sementara itu, Zambry berkata beliau dan Exco yang bakal dilantik akan meneruskan pentadbiran dengan baik bagi memastikan keamanan dan kestabilan negeri.
"Kita akan terus gandakan usaha dan memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya sambil menambah agenda pembangunan negeri akn terus dilakukan melalui program Perak Aman Jaya.
Beliau berkata program turun padang yang dilaksanakan sejak beliau menjadi menteri besar sejak empat tahun lepas akan diteruskan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Exco Perak dijangka gandingan muka baru, lama
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/exco-perak-dijangka-gandingan-muka-baru.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Exco Perak dijangka gandingan muka baru, lama
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Exco Perak dijangka gandingan muka baru, lama
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar