Usaha hapuskan kawasan hitam di jalan Pan Borneo: Fadillah

Written By Unknown on Minggu, 28 Juli 2013 | 15.09

KUCHING: Usaha untuk menghapuskan kawasan hitam atau yang kerap berlaku kemalangan di jalan Pan Borneo di Sarawak akan diberi keutamaan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, sejumlah dana yang dicadang bagi tujuan ini yang termasuk dalam Belanjawan 2014 akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Oktober ini.

"Jumlah ini adalah selaras dengan permintaan yang dikemukakan kerajaan negeri kepada kementerian saya baru-baru ini," katanya selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada 27 masjid di sini, hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat berikutan kajian yang dijalankan yang menunjukkan keadaan di sesetengah bahagian jalan itu telah menyumbang kepada berulangnya kemalangan.

"Kawasan yang berlakunya kemalangan lebih dari tiga kali di tempat yang sama dan keadaan jalannya dianggap sebagai kawasan hitam dan kita mahu mengatasi masalah ini bagi meningkat keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Fadillah berkata, penekanan itu dibuat selaras dengan rancangan untuk meningkat keseluruhan jalan Pan-Borneo menjadi lebuhraya menjelang 2018.

Dalam perjumpaan sebelum ini dengan pengamal media di negeri ini, beliau berkata, bahagian Sibu-Bintulu-Miri jalan itu akan dibangun setaraf lebuhraya dan dijangka siap menjelang 2015.
Jalan sepanjang lebih 1,000km itu merupakan penghubung darat antara Sarawak dengan Sabah, Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Usaha hapuskan kawasan hitam di jalan Pan Borneo: Fadillah

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/usaha-hapuskan-kawasan-hitam-di-jalan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Usaha hapuskan kawasan hitam di jalan Pan Borneo: Fadillah

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Usaha hapuskan kawasan hitam di jalan Pan Borneo: Fadillah

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger