Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel, berkata draf akhir rang undang-undang itu sedang dipinda dengan mengambil kira pandangan kerajaan negeri, kementerian, agensi dan pelbagai pihak berkepentingan.
Terdahulu dalam ucapannya, Palanivel berkata Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber biologi dan diiktiraf sebagai satu daripada 12 negara mega biodiversiti di dunia.
Menurutnya sumber yang terdapat di negara ini berpotensi untuk penghasilan produk baharu dalam industri farmaseutikal dan nutraseutikal seperti ubat-ubatan, makanan tambahan dan produk kosmetik.
Sehubungan itu, sudah tiba masanya negara mempunyai satu undang-undang kebangsaan untuk mengawal selia aktiviti kajian dan penyelidikan serta 'bioprospecting' yang dijalankan terhadap sumber biologi negara, kata Palanivel.
Menurutnya ketiadaan undang-undang itu menyukarkan negara menangani kes-kes kecurian sumber biologi atau 'biopiracy' yang berlaku, iaitu sumber biologi diambil tanpa kebenaran dan dibangunkan tanpa perkongsian faedah untuk tujuan komersial.
"Rang undang-undang ini juga akan merealisasikan agenda negara untuk menggunakan biodiversiti dalam menjana kekayaan baharu seperti dinyatakan dalam Model Baru Ekonomi 2010 dan Dasar Bioteknologi Negara 2005," katanya.
Undang-undang ini juga mempunyai peruntukan yang mengenal pasti peranan masyarakat Orang Asli dan tempatan berkenaan sumber asli dan pengetahuan tradisi, kata beliau.
Selain mengawal selia aktiviti akses kepada sumber biologi, Palanivel berkata usaha negara mewujudkan undang-undang itu adalah selari dengan objektif Konvensyen Kepelbagaian Biologi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengiktiraf sumber biologi sebagai hak mutlak sesebuah negara. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Rang undang-undang lindungi biodiversiti ke Parlimen tahun depan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/rang-undang-undang-lindungi.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rang undang-undang lindungi biodiversiti ke Parlimen tahun depan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Rang undang-undang lindungi biodiversiti ke Parlimen tahun depan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar