Alvin, Vivian disiasat mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998

Written By Unknown on Senin, 15 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar di Facebook yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam, akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman, berkata kertas siasatan mengenai perkara itu dijangka siap dua atau tiga hari lagi.

"Setakat hari ini, siasatan terhadap kedua-duanya masih berjalan dan dijangka berakhir lewat petang ini.

"Sebaik siap kertas siasatan tempoh dua atau tiga hari lagi, ia akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada media di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, sebentar tadi.

Mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),
seseorang boleh didakwa kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar - mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Mengikut akta berkenaan sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Pasangan itu tiba di SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad jam 10.45 pagi tadi selepas SKMM mengarahkan mereka hadir untuk mengambil keterangan mereka.


Anda sedang membaca artikel tentang

Alvin, Vivian disiasat mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/alvin-vivian-disiasat-mengikut-seksyen.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Alvin, Vivian disiasat mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Alvin, Vivian disiasat mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger