Menurut jurucakap Kedutaan Malaysia di Kaherah, kesemua pelajar berkenaan pada masa ini sedang menghadapi peperiksaan semester dan tinggal berdekatan dengan universiti masing-masing.
Katanya pihak kedutaan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan akan mengambil langkah keselamatan jika pergolakan di negara itu berterusan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohammed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.
Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
9,101 pelajar Malaysia di Mesir selamat
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/9101-pelajar-malaysia-di-mesir-selamat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
9,101 pelajar Malaysia di Mesir selamat
namun jangan lupa untuk meletakkan link
9,101 pelajar Malaysia di Mesir selamat
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar