Cadangan tanding jawatan Ketua Pemuda transformasi bernas

Written By Unknown on Minggu, 21 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Cadangan supaya jawatan Ketua Pemuda UMNO dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang yang disokong ketuanya, Khairy Jamaluddin, turut mendapat sokongan dan ucapan syabas daripada Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, perkara itu adalah satu transformasi politik yang positif khususnya UMNO demi meraih keyakinan ahli UMNO dari peringkat akar umbi.

"Ini sesuatu yang sihat dan bernas kerana sikap keterbukaan kepada ahli-ahli yang lain perlu diadakan demi mencari pemimpin yang dirasakan layak dan ini termasuklah juga terhadap pemilihan Pergerakan Wanita UMNO yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada penerima bantuan di Kampung Cheras Baru di sini.

Katanya, pemimpin sedia ada harus membuat keputusan sekarang sama ada mahu bertanding atau menarik diri demi menjaga kepentingan dan mengukuhkan kedudukan parti.

"Pemimpin jangan pentingkan diri, kerana kita perlukan Wanita yang berketrampilan dan saya harap jangan sekat mana-mana wanita yang mahu menawarkan diri jika mereka merasakan mampu membantu kepimpinan parti dan negara," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Khairy semalam bahawa jawatan Ketua Pemuda UMNO wajar dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang, jika hasrat itu adalah dari majoriti anggota parti peringkat akar umbi, bagi menghormati suara dan kehendak mereka.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor dalam mesyuarat khasnya Jumaat lalu mahu pemilihan Pemuda UMNO Pusat pada perhimpunan agung parti akan datang, dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan semua jawatan.
- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Cadangan tanding jawatan Ketua Pemuda transformasi bernas

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/cadangan-tanding-jawatan-ketua-pemuda.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Cadangan tanding jawatan Ketua Pemuda transformasi bernas

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Cadangan tanding jawatan Ketua Pemuda transformasi bernas

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger