Beliau berkata komitmen kerajaan dalam menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja akan meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa apabila syarikat di dalam dan luar negara yakin dengan keprihatinan kerajaan terhadap aspek perburuhan di negara ini.
Turut hadir, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk K. Selvarajah dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Ir Dr Johari Basri.
Riot berkata jumlah kemalangan pekerja semasa perjalanan ke tempat kerja dan kemalangan di tempat kerja yang dilaporkan kepada Perkeso pada tahun lepas adalah sebanyak 61,552 kes berbanding 59,897 kes pada 2011, meningkat sebanyak 2.67 peratus.
Daripada jumlah itu kemalangan semasa perjalanan ke tempat kerja menunjukkan peningkatan kepada 42.66 peratus tahun lepas daripada 41.42 peratus pada 2011 manakala jumlah kemalangan di tempat kerja menunjukkan penurunan, katanya.
Bagi Sarawak, Perkeso mencatatkan sebanyak 333 kes semasa perjalanan ke tempat kerja daripada sejumlah 1,703 kes kemalangan di tempat kerja setakat Mei tahun ini berbanding 937 kes yang sama daripada sejumlah 4,4487 kes bagi tahun lepas.
Beliau berkata Perkeso, sebagai badan kerajaan yang mempelopori Skim Keselamatan Sosial Pekerja di negara ini, akan melancarkan kempen perjalanan selamat ke tempat kerja dengan memberi tumpuan khusus kepada tindakan pencegahan kemalangan semasa ke tempat kerja.
Tindakan itu, katanya, bertepatan dengan misi Perkeso dalam memberi kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada majikan dan orang berinsurans, yang juga merupakan matlamat Pertubuhan Buruh Antarabangsa. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Sasaran hanya tiga kemalangan tempat kerja setiap 1,000 pekerja pada 2015 - Riot
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/sasaran-hanya-tiga-kemalangan-tempat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Sasaran hanya tiga kemalangan tempat kerja setiap 1,000 pekerja pada 2015 - Riot
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Sasaran hanya tiga kemalangan tempat kerja setiap 1,000 pekerja pada 2015 - Riot
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar