Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias, berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Beh Chee Kong, 38, cedera di lengan kanan akibat terkena satu das tembakan.
"Mangsa dan isterinya tersedar selepas dua lelaki asing di rumah teres itu menjerit 'rompak, rompak' sebelum seorang suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa," katanya kepada Bernama hari ini.
Abdul Razak berkata, mangsa mengejar suspek yang melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Chevrolet berwarna putih yang diletakkan di hadapan rumah.
Suspek dipercayai masuk ke rumah itu dengan membuka mangga pagar jeriji dan pintu gelangsar rumah berkenaan.
Tiada barang yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut memandangkan mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana bilik yang gelap ketika itu dan tiada rakaman kamera litar tertutup di rumah mangsa," katanya.
Beliau berkata, siasatan juga menjurus kepada motif kejadian sama ada ia berunsurkan rompakan atau cubaan membunuh.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Rumah diceroboh, ahli perniagaan nyaris maut ditembak
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/rumah-diceroboh-ahli-perniagaan-nyaris.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rumah diceroboh, ahli perniagaan nyaris maut ditembak
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Rumah diceroboh, ahli perniagaan nyaris maut ditembak
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar