Saham KL mungkin pulih selanjutnya minggu depan

Written By Unknown on Sabtu, 13 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia berkemungkinan pulih selanjutnya minggu depan ekoran pembelian sederhana di kaunter-kaunter mewah dan saham-saham berharga lebih rendah, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata, pengambilan untung juga akan berterusan kerana pelabur akan lebih berhati-hati, mungkin disebabkan oleh pengumuman data keluaran dalam negara kasar negara (KDNK) China, Isnin ini.

"Pasaran akan mengalami tekanan dalam senario ini," katanya sambil menambah bahawa tumpuan pelabur akan beralih kepada China.

KDNK China akan diperhatikan dengan teliti selepas pengumuman data-data perdagangan dan pembuatan terbaru yang mengecewakan, katanya.

Indeks Hang Seng Hong Kong dan Indeks Komposit Shanghai, China mengakhiri dagangan lebih rendah Jumaat minggu ini selepas Menteri Kewangan China, Lou Jiwei, berkata KDNK negara itu berkemungkinan mencatatkan purata tujuh peratus tahun ini, dan akan mencatatkan kadar pertumbuhan yang malah lebih perlahan lagi, iaitu pada 6.5 peratus.

Penganalisis teknikal kanan TA Securities, Stephen Soo, berkata pasaran mungkin turun naik dan bergerak dalam jajaran sempit hingga akhir minggu depan.

"Sentimen dalam jangka terdekat ini seharusnya berhati-hati kerana jumlah dagangan harian pasaran minggu lepas merosot menjelang hujung minggu," katanya.
Bagi minggu baru berakhir, senaraian baru, AirAsia X Bhd, mengakhiri dagangan sesen lebih rendah pada RM1.26.

Syarikat penerbangan tambang murah itu muncul bagi dagangan sulungnya pada Rabu dengan harga RM1.26 dalam Pasaran Utama Bursa Securities, dengan meraih premium sesen berbanding harga institusinya, RM1.25, dan mencatatkan jumlah dagangan sebanyak 9.15 juta saham.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik 13.38 mata kepada 1,785.65 daripada 1,772.27 pada penutupan Jumaat lalu.

Indeks Kewangan meningkat 47.95 mata kepada 1,785.65, Indeks Perusahaan menokok 7.4 mata kepada 3,007.77 dan Indeks Perladangan mengukuh 106.15 mata kepada 8,518.78.

Indeks FBM Emas meningkat 69.36 mata kepada 12,425.31 dan Indeks FBMT100 melonjak 10,961.92 mata kepada 12,172.13.

Indeks FBM Mid 70 susut 0.29 mata kepada 14,252.26 dan Indeks FBM Ace turun 4.82 mata kepada 4,769.99.

Jumlah dagangan mingguan bertambah kepada 6.47 bilion saham bernilai RM8.74 bilion daripada 6.32 bilion saham bernilai RM9.01 bilion minggu lalu.

Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 5.23 bilion unit bernilai RM8.57 bilion daripada 5.16 bilion unit bernilai RM8.82 bilion sebelumnya.

Waran melonjak jumlahnya kepada 122.51 juta saham bernilai RM16.84 juta daripada 120.20 juta saham bernilai RM16.98 juta minggu lalu.

Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya bertambah kepada 1.11 bilion unit bernilai RM151.89 juta daripada 1.04 bilion unit bernilai RM162.44 juta Jumaat lalu. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Saham KL mungkin pulih selanjutnya minggu depan

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/saham-kl-mungkin-pulih-selanjutnya.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Saham KL mungkin pulih selanjutnya minggu depan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Saham KL mungkin pulih selanjutnya minggu depan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger