Perodua catat jualan paling tinggi 189,000 unit pada 2012

Written By Unknown on Selasa, 15 Januari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Perodua menjual lebih 189,000 unit kenderaan pada 2012, rekod jualan paling tinggi pernah dicatatnya, menyumbang kepada kira-kira 30.2 peratus bahagian pasaran.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata rekod itu berjaya dicapai meskipun garis panduan pemberian pinjaman ketat yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia yang memberi kesan negatif ke atas jualan model Viva dalam suku pertama tahun lalu.

"Bagaimanapun, jualan dua model lain, Myvi dan Alza, membantu mengurangkan kesan ke atas perniagaan kami. Kami menjual lebih 90,000 Myvi dan kami melihat peningkatan permintaan bagi Alza," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Aminar Rashid berkata, kumpulan itu menerima 248,500 tempahan tahun lalu, naik 4.2 peratus dari 2011, tetapi kekurangan antara tempahan dan jualan sebenar meningkat kerana sesetengah pelanggan tidak boleh mendapatkan pinjaman disebabkan pemberian pinjaman yang ketat oleh bank.

Mengenai perbelanjaan modal, pengeluar kereta nasional kedua itu memperuntukkan RM2.32 bilion dalam masa empat tahun bagi pengembangan perniagaan pembuatan dan jualannya.

Beliau berkata, kumpulan itu akan membelanjakan RM68 juta tahun ini bagi menaik taraf dan memodenkan mesin, peralatan dan kemudahannya di kilang Serendah manakala RM54 juta lagi akan digunakan untuk membeli tanah dan pembangunan prasarana bagi jualannya dan perniagaan selepas jualan.

Bagi tahun ini, Perodua menyasar menjual kira-kira 194,000 kenderaan, mengekalkan bahagian pasarannya pada 30 peratus hasil daripada prestasi ekonomi yang kukuh.
"Kami berharap kadar faedah akan kekal pada paras semasa. Sekiranya ia meningkat naik ia akan menjadi lebih mencabar kepada kami," katanya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jualan keseluruhan kenderaan (TIV) negara diunjur mencecah 626,980 unit pada 2012 dan 627,000 unit pada tahun ini.

Aminar Rashid berkata, MAA dijangka mengeluarkan data TIV rasminya minggu depan.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Perodua catat jualan paling tinggi 189,000 unit pada 2012

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/perodua-catat-jualan-paling-tinggi.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Perodua catat jualan paling tinggi 189,000 unit pada 2012

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Perodua catat jualan paling tinggi 189,000 unit pada 2012

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger