Lebih 300 PATI ditahan di Langkawi

Written By Unknown on Selasa, 15 Januari 2013 | 15.09

LANGKAWI: Seramai 354 orang pendatang asing tanpa izin dari Myammar ditahan di dalam dua bot di Kuala Chenang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superitendan Harith Kam Abdullah, berkata seramai 143 orang yang terdiri daripada 94 lelaki, 18 wanita dan 31 kanak-kanak menaiki salah sebuah bot itu manakala bot kedua dinaiki 211 orang iaitu 207 lelaki dan empat kanak-kanak.

"Penahanan mereka dibuat hasil maklumat orang awam yang menyatakan terdapat dua bot yang berlabuh di Kuala Chenang kira-kira jam 3 pagi tadi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendatang itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka akan diserahkan kepada pihak imigresen.

Sementara itu Harith Kam berkata, beliau percaya 40 orang dari kumpulan tersebut telah memboloskan diri ke kawasan pantai dan meminta penduduk melapor jika melihat orang yang mencurigakan di kawasan mereka.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Lebih 300 PATI ditahan di Langkawi

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/lebih-300-pati-ditahan-di-langkawi.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Lebih 300 PATI ditahan di Langkawi

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Lebih 300 PATI ditahan di Langkawi

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger