Ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pelindung anak-anak, bukannya mendedahkan mereka kepada bahaya dengan membawa mereka ke perhimpunan seperti itu kerana situasi boleh menjadi tidak terkawal, katanya.
Dalam perkembangan lain, Noriah berkata, sebanyak RM400 juta diperuntuk tahun ini untuk program 1AZAM yang bertujuan menyediakan peluang pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah melalui pertanian, perniagaan kecil-kecilan dan pekerjaan.
Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada 2010 sehingga akhir tahun lalu, seramai 100,934 peserta menyertai program itu melalui empat saluran iaitu AZAM Kerja, AZAM Tani, AZAM Niaga dan AZAM Khidmat.
Pemberian bas bernilai RM150,000 itu merupakan projek di bawah inisiatif Anjung Damai iaitu bagi menaik taraf, membaik pulih serta mempertingkat perkhidmatan rumah perlindungan.
Persatuan Orang Buta Kuala Selangor dan Bengkel Seri Sembilan, Negeri Sembilan masing-masing turut menerima van manakala Rumah Kanak-Kanak Taiping, Perak menerima bantuan baik pulih bangunan pada majlis itu. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Noriah kesal kanak-kanak dibawa ke perhimpunan Sabtu lalu
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/noriah-kesal-kanak-kanak-dibawa-ke.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Noriah kesal kanak-kanak dibawa ke perhimpunan Sabtu lalu
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Noriah kesal kanak-kanak dibawa ke perhimpunan Sabtu lalu
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar