Permohonan bekas CEO Sime Darby batal pertuduhan didengar 26 Februari

Written By Unknown on Jumat, 04 Januari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Presiden Kumpulan Sime Darby Bhd, Datuk Seri Ahmad Zubair @ Ahmad Zubir Murshid untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah melibatkan RM100 juta akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 26 Febuari ini.

Timbalan Pendaftar Zuraini Abdul Razak menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam S. Devanandan dan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili Ahmad Zubair dan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zarifah Zulghaffar.

Devanandan memberitahu pemberita bahawa permohonan tersebut dibuat atas alasan ia tidak berasas dan cacat.

Pada 17 Julai tahun lalu, Ahmad Zubair, 56, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan utama (pindaan) atas dakwaan pecah amanah dana Sime Darby Bhd membabitkan projek pembangunan tanah adat Sarawak menyebabkan kerugian melebihi RM100 juta.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zubair juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan alternatif iaitu memperdaya ahli lembaga pengarah Sime Darby Bhd membabitkan projek yang sama.

Bagi kesalahan itu, Ahmad Zubair didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Semua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di pejabat Sime Darby Bhd, Tingkat 21, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, di sini, antara 17 Nov 2008 dan 4 Disember 2009. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Permohonan bekas CEO Sime Darby batal pertuduhan didengar 26 Februari

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/permohonan-bekas-ceo-sime-darby-batal.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Permohonan bekas CEO Sime Darby batal pertuduhan didengar 26 Februari

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Permohonan bekas CEO Sime Darby batal pertuduhan didengar 26 Februari

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger