Penganjur perhimpunan harus pastikan tiada rusuhan: Hishammuddin

Written By Unknown on Selasa, 08 Januari 2013 | 15.09

SEREMBAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata pakatan pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.

Mereka patut memohon kepada Stadium Negara jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan dipatuhi, katanya.

Beliau berkata, semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lalu.

Dalam hal ini Hishammuddin berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan dengan polis mengenai langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya kepada pemberita di sini, selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Majlis taklimat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hishammuddin mengingatkan bahawa jika perhimpunan yang dicadangkan, maka peserta patut berhimpun di dalam stadium dan tidak keluar berarak beramai-ramai.
"Ketenteraman awam mesti ditekankan. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia memahami dan mahukan hak mereka terhadap ketenteraman dan keamanan dipelihara," katanya.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Penganjur perhimpunan harus pastikan tiada rusuhan: Hishammuddin

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/penganjur-perhimpunan-harus-pastikan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Penganjur perhimpunan harus pastikan tiada rusuhan: Hishammuddin

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Penganjur perhimpunan harus pastikan tiada rusuhan: Hishammuddin

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger