Justeru, Presidennya Mohamed Shafie BP Mammal mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam penentuan tarikh penguatkuasaan umur persaraan minimum untuk pekerja sektor swasta dengan menetapkannya pada 1 Januari, bukannya 1 Julai.
"Apa yang kita mahu pada hari ini ialah tarikh kuatkuasa dan tarikh pelaksanaan itu mestilah disatukan. Jadi mereka yang telah bersara pada 1 Jan hingga Jun, terus diambil untuk bekerja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai kira-kira 300 anggota UNI-MLC menyerahkan memorandum kepada pegawai khas perdana menteri di sini hari ini.
Katanya keputusan kerajaan yang menetapkan tarikh kuat kuasa umur persaraan pada 1 Julai ternyata mengecewakan pekerja yang terjejas dan anggota keluarga mereka.
Pekerja juga perlu diberi peluang untuk memilih opsyen sama ada untuk terus bekerja sehingga 60 tahun atau menamatkan perkhidmatan mereka pada usia 55 tahun. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
500,000 pekerja swasta bersara jika umur persaraan kuatkuasa 1 Julai
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/500000-pekerja-swasta-bersara-jika-umur.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
500,000 pekerja swasta bersara jika umur persaraan kuatkuasa 1 Julai
namun jangan lupa untuk meletakkan link
500,000 pekerja swasta bersara jika umur persaraan kuatkuasa 1 Julai
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar