Pengganggur didakwa sebabkan kecederaan parah terhadap ibunya

Written By Unknown on Kamis, 03 Januari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Seorang penggangur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap ibunya, tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Lim Kean Aun, 34, selepas tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh seorang jurubahasa di hadapan hakim Datuk Jagjit Singh.

Jagjit turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan dan menetapkan 4 Feb depan untuk sebutan kes.

Perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Acara Jenayah.
Bagaimanapun, sekiranya tempoh tersebut tidak mencukupi, mahkamah membenarkan tempoh itu dilanjutkan sehingga dua bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, Lim didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah di bahagian kepala terhadap ibunya Tan Kwee Hua, 59, di sebuah pondok kolam pancing ikan milik bapanya di Bukit Jalil, Cheras dekat sini pada jam 8 pagi, 30 Disember tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Pengganggur didakwa sebabkan kecederaan parah terhadap ibunya

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/pengganggur-didakwa-sebabkan-kecederaan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Pengganggur didakwa sebabkan kecederaan parah terhadap ibunya

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Pengganggur didakwa sebabkan kecederaan parah terhadap ibunya

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger