Hakim Rozilah Salleh memerintahkan tertuduh, Elmy Shadzli Wahi, 41, menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan jika gagal membayar denda ditambah kepada enam bulan lagi penjara.
Kesalahan didakwa dilakukan di Dataran Maybank Bangsar No 1, Jalan Maarof di sini jam 3.30 petang, 13 Julai tahun lalu.
Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan kedua membabitkan kesalahan memperoleh rasuah, setelah peguam S I Rajah, yang mewakili tertuduh memberitahu surat representasi sudah diterima dan disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nur Lokman Samingan daripada SPRM.
Bagi pertuduhan kedua itu Elmy Shadzli didakwa cuba memperoleh RM1,500 daripada Muhammad Asrull bagi tujuan yang sama di Jalan Sri Ehsan 2, Taman Perindustrian Sri Ehsan dekat sini jam 8.30 malam, 16 Julai tahun lalu.
Kedua-dua kesalahan, didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.
Terdahulu, di Mahkamah Sesyen yang berlainan, Elmy Shadzli juga mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan rasuah memberi sijil diploma kepada penuntut yang lain, tahun lalu.
Elmy Shadzli yang sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu menukar pengakuannya hari ini ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Ahmad Zamzani menetapkan 23 Januari ini untuk jatuhan hukuman dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Nizam Wan Omar juga daripada SPRM. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Bekas pensyarah mengaku bersalah beri diploma kepada penuntut
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/bekas-pensyarah-mengaku-bersalah-beri.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Bekas pensyarah mengaku bersalah beri diploma kepada penuntut
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Bekas pensyarah mengaku bersalah beri diploma kepada penuntut
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar