Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata suspek yang berumur antara 43 dan 54 tahun ditahan berikutan aduan 10 mangsa yang terdiri daripada peniaga dan jurujual syarikat yang mendakwa ditipu sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM155,000.
"Semua urusan pembelian dibayar menggunakan 'Cek Tertunda Tarikh' dan mangsa kemudiannya gagal menunaikan cek berkenaan kerana akaun sudah ditutup," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata, selepas kira-kira dua bulan beroperasi, pejabat syarikat itu dikosongkan dan semua pekerja dan pemilik syarikat menghilangkan diri.
"Sindiket ini menggunakan proksi untuk mendaftarkan syarikat serta membuka akaun bank. Kebiasaannya, proksi ini adalah seorang penagih dadah yang sanggup menjual identitinya," katanya.
Mohd Shukri berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kesemua suspek direman hingga Ahad ini.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai terutamanya peniaga supaya tidak mudah terpedaya apabila ada pembeli yang membeli barang dengan terma kredit terutamanya syarikat pembeli yang baru dibuka. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
4 lelaki, seorang wanita ditahan terbabit sindiket penipuan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/4-lelaki-seorang-wanita-ditahan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
4 lelaki, seorang wanita ditahan terbabit sindiket penipuan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
4 lelaki, seorang wanita ditahan terbabit sindiket penipuan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar