Rancangan ambil alih Putrajaya bukan sekadar impian: Hadi

Written By Unknown on Jumat, 16 November 2012 | 15.09

KOTA BHARU: PAS hari ini menegaskan rancangan untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya bersama sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukannya sekadar impian dan meminta anggotanya bersabar menanti tarikh pilihan raya umum ke-13.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata keutamaan PAS ialah mempertahankan kesemua 24 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

"Di samping itu, parti juga akan memberi tumpuan kepada kerusi yang akan ditandingi PAS di Sabah dan Sarawak," katanya dalam ucapan dasar semasa merasmikan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

Hadir sama pada perasmian muktamar bertema "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw.

Dalam pada itu, Abdul Hadi meminta anggota PAS menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerana menurutnya pilihan raya umum akan datang merupakan persaingan melibatkan perang siber.

Sambil mengakui masyarakat kini terutamanya golongan muda cepat mengikuti perkembangan semasa menerusi media sosial seperti Facebook dan blog, beliau berkata golongan itu mahu PAS memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan bukan sekadar retorik.

Presiden PAS itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud sebagai agenda parti itu dalam ucapan panjang lebar selama kira-kira dua jam. Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan anggota dan pemimpin parti berhubung golongan muda Melayu yang menurutnya tidak suka ceramah yang banyak mencaci-cela orang.

"Golongan muda sudah berubah tetapi mereka tidak mezahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno," katanya.

Mengenai perkembangan antarabangsa, Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS mengutuk kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin dan umat Islam Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar.

"PAS merasa kecewa di atas sikap membisu pejuang demokrasi Myanmar Aung Sang Su Kyi yang enggan menyatakan pendirian yang jelas untuk mengutuk kezaliman dan sikap tidak berperikemanusiaan yang dihadapi oleh komuniti Rohingya," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persetujuan damai antara kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang dicapai baru-baru ini.

"Ia adalah langkah awal ke arah mewujudkan keamanan wilayah autonomi dan boleh memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di Mindanao". - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Rancangan ambil alih Putrajaya bukan sekadar impian: Hadi

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/rancangan-ambil-alih-putrajaya-bukan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Rancangan ambil alih Putrajaya bukan sekadar impian: Hadi

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Rancangan ambil alih Putrajaya bukan sekadar impian: Hadi

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger