Beliau berkata, projek menaik taraf yang dimulakan September lalu sudah 70 peratus siap dan dijangka selesai sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.
"Jika ada masalah yang timbul pun ia adalah masalah kecil yang dapat diatasi dengan segera," katanya kepada pemberita ketika melawat rumah pangsa itu di sini, hari ini.
Beliau berkata, antara kerja naik taraf yang dilakukan ialah mengecat semula semua blok kediaman, membaiki lampu jalan, sistem perparitan dan longkang, jalan, dan taman permainan.
"Jika ada tangki air yang rosak, kita akan tukar tangki berkenaan dengan tangki baru," katanya.
Selain rumah pangsa itu, beliau berkata, dua lagi rumah pangsa di bandar raya ini turut dinaik taraf iaitu rumah pangsa Simpang Kuala dan rumah pangsa Seberang Terus.
"Rumah pangsa Simpang Kuala sudah 50 peratus siap manakala rumah pangsa Seberang Terus baru nak dimulakan. Semua projek naik taraf ini bernilai kira-kira RM11 juta," katanya.
Beliau berkata, projek menaik taraf rumah pangsa akan turut dilaksanakan di negeri lain secara berperingkat.
"Kita nak jadikan tiga rumah pangsa di Kedah ini sebagai contoh kepada rumah pangsa yang lain," katanya.
Chor berkata, selepas kerajaan memberi peruntukan untuk menaik taraf kawasan rumah pangsa, para penghuninya perlu membaik pulih sendiri kerosakan yang berlaku di dalam rumah mereka. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Menteri puas hati projek naik taraf rumah pangsa berjalan lancar
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/menteri-puas-hati-projek-naik-taraf.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Menteri puas hati projek naik taraf rumah pangsa berjalan lancar
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Menteri puas hati projek naik taraf rumah pangsa berjalan lancar
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar