Pseuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kedudukan mereka juga sudah dikenal pasti.
Hamza berkata, setakat ini pihaknya belum menerima maklum balas daripada keluarga mangsa termasuk mengenai tuntutan wang tebusan dan sebagainya daripada pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Dalam kejadian antara 3.30 dan 4.30 petang itu, seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya diculik dari ladang yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai, bersebelahan tanah rancangan Felda Sahabat 15, kira-kira 50 km dari pekan Lahad Datu.
Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes culik dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Polis Sabah percaya mangsa culik di perairan luar negara
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/polis-sabah-percaya-mangsa-culik-di.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Polis Sabah percaya mangsa culik di perairan luar negara
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Polis Sabah percaya mangsa culik di perairan luar negara
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar