PM Mesir lawat kawasan serangan Israel di Gaza

Written By Unknown on Jumat, 16 November 2012 | 15.09

GAZA CITY: Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil menyeberangi Gaza, hari ini untuk mengadakan lawatan di kawasan yang teruk diserang tentera Israel di wilayah pentadbiran Hamas itu.

Sebaik tiba di sempadan Rafah, Israel berkata pihaknya menangguhkan kempen serangan ke atas Gaza yang menimbulkan kemarahan Mesir serta negara rantau Arab lain.

"Perdana Menteri Mesir sudah tiba di Rafah dan pegawai Hamas sedang mengiringi lawatanya ke Palestin," kata sumber kepada AFP.

Pegawai di Gaza berkata, Qandil dijadual bertemu beberapa anggota kanan pemerintah Hamas dalam lawatan singkat itu.

Presiden Mesir, Mohamed Morsi semalam memberi amaran, pihaknya tidak menerima tindakan agresif Israel di Semenanjung Gaza.

Pesawat pejuang Israel menggempur Semenanjung Gaza sepanjang malam semalam dengan pejuang Palestin membalas serangan roket ke arah negara Yahudi itu.

Awal hari ini, Israel berkata, pihaknya setuju dengan permohonan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata ketika lawatan Qandil namun ia dijangka hanya berkuatkuasa kira-kira tiga jam saja.
Gencatan senjata itupun dengan bersyarat iaitu pejuang Palestin di Gaza tidak melancarkan serangan roket. - AFP


Anda sedang membaca artikel tentang

PM Mesir lawat kawasan serangan Israel di Gaza

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/pm-mesir-lawat-kawasan-serangan-israel.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PM Mesir lawat kawasan serangan Israel di Gaza

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PM Mesir lawat kawasan serangan Israel di Gaza

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger