MUBARAK gesa ahli PKR beragama Islam kaji keluar parti

Written By Unknown on Jumat, 16 November 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) hari ini menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam mengkaji semula keahlian mereka dalam parti itu berikutan kenyataan kontroversi Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berhubung dengan kebebasan beragama.

Ketua Penerangan MUBARAK, Datuk Abdul Rahmman Sulaiman berkata, ahli PKR beragama Islam harus bertanya mengapakah sampai kini Nurul Izzah belum bertaubat atau menarik balik kenyataannya walaupun dinasihatkan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbuat demikian.

"Mengapa Nurul Izzah enggan menarik balik kenyataannya, adakah dia percaya dengan kenyataan yang dibuatnya," kata beliau.

Mufti berkenaan dilaporkan semalam menasihatkan Nurul Izzah bertaubat serta menarik balik kenyataan berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini kerana ia mengelirukan dan membawa implikasi kepada akidah.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 November lalu memetik Nurul Izzah, yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?".

Sebelum ini, bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa juga menyifatkan kenyataan Nurul Izzah mengelirukan serta beliau meminta anak sulung Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya bertaubat.
Anwar mendakwa kenyataan anaknya diputarbelit oleh media pro kerajaan tetapi seorang peserta forum itu yang juga seorang peguam tampil menyatakan bahawa Nurul Izzah memang membuat kenyataan itu yang berbangkit daripada soalan beliau seperti dilaporkan dan dirakam.

Abdul Rahman berkata, semua orang Islam harus menjaga kemurnian akidah termasuk ahli PKR yang beragama Islam.

"Kalau ahli PKR hendak menjaga akidah, mereka tiada pilihan lain kecuali memikirkan semula kedudukan mereka dalam parti tersebut," kata beliau. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

MUBARAK gesa ahli PKR beragama Islam kaji keluar parti

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/mubarak-gesa-ahli-pkr-beragama-islam.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

MUBARAK gesa ahli PKR beragama Islam kaji keluar parti

namun jangan lupa untuk meletakkan link

MUBARAK gesa ahli PKR beragama Islam kaji keluar parti

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger