Konsep Ulul Albab sesuai diserap di sekolah berasrama penuh: Idris Jusoh

Written By Unknown on Jumat, 16 November 2012 | 15.09

BESUT: Konsep pendidikan 'Ulul Albab' sesuai diserapkan ke dalam sekolah berasrama penuh bagi melahirkan generasi yang seimbang pada aspek duniawi dan akhirat, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, konsep yang pembelajaran yang berlandaskan al-Quran dengan menggabungkan sains, teknologi serta moral berupaya melahirkan generasi yang sesuai untuk Malaysia sebagai negara Islam.

"Sains, teknologi dan pembangunan moral melalui pendidikan berkonsepkan Ulul Albab merupakan fokus utama yang sepatutnya diberi perhatian dalam pendidikan kerana ia dapat menyelamatkan negara daripada pelbagai masalah sosial," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pendidikan yang hanya menekankan sains dan teknologi tidak dapat mengatasi isu moral yang semakin serius dalam kalangan generasi muda masa kini.

Idris berkata, buat masa ini tiga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) iaitu di Besut, Gemenceh dan Kepala Batas telah mengguna pakai konsep Ulul Albab sejak tiga tahun lalu.

Selain berjaya melahirkan pelajar yang hafaz al-Quran, katanya, majoriti pelajar di MRSM berkenaan menguasai pelajaran dalam bidang sains dan teknologi.

Idris yang juga Ketua UMNO Besut sebelum itu meraikan 86 pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Imtiaz, Masjid Tanah, Melaka di kediamannya di Kampung Tok Has, di sini. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Konsep Ulul Albab sesuai diserap di sekolah berasrama penuh: Idris Jusoh

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/konsep-ulul-albab-sesuai-diserap-di.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Konsep Ulul Albab sesuai diserap di sekolah berasrama penuh: Idris Jusoh

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Konsep Ulul Albab sesuai diserap di sekolah berasrama penuh: Idris Jusoh

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger