Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata bank meninjau untuk membuka empat lagi cawangan di Laos, Singapura (13), Kemboja (sembilan), Filipina (48) dan Indonesia (70).
"Maybank menguasai lima peratus bahagian pasaran di Singapura, tiga peratus di Indonesia serta satu peratus di Filipina dan berharap untuk meningkatkan lagi angka berkenaan dalam masa tiga tahun akan datang," katanya di sini, hari ini pada majlis perasmian cawangan pertama Maybank di Laos semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dengan pembukaan cawangan Laos, Maybank berada secara fizikal di semua 10 negara Asean termasuk tiga cawangan di Brunei dan dua di Vietnam, walaupun tidak membabitkan diri dalam perbankan runcit di Thailand dan Myanmar.
Di Thailand, Maybank mempunyai bank pelaburan, Maybank Kim Eng dengan 45 cawangan tetapi hanya sebuah pejabat perwakilan di Myanmar.
"Kami merancang untuk mewujudkan cawangan kami sendiri di Thailand menjelang 2014 dan masih berbincang dengan pengawal atur Thailand berhubung isu itu. Kami juga merancang untuk menukarkan pejabat wakil kami kepada cawangan sepenuhnya.
"Adalah penting bagi kami untuk melengkapkan kehadiran kami di ASEAN dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini memandangkan ia bergerak ke arah Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Maybank rancang buka 144 lagi cawangan dalam ASEAN
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/maybank-rancang-buka-144-lagi-cawangan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Maybank rancang buka 144 lagi cawangan dalam ASEAN
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Maybank rancang buka 144 lagi cawangan dalam ASEAN
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar