Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat 578 orang

Written By Unknown on Minggu, 04 November 2012 | 15.09

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Batu Pahat meningkat kepada 578 orang hari ini berbanding 210 semalam dengan 10 pusat pemindahan dibuka.

Peningkatan itu berlaku apabila paras air Sungai Lenik bagi stesen pengumpulan data Jabatan Pengairan dan Saliran Ladang Chaah mencatatkan ketinggian 6.12 meter, melebihi paras bahaya 6 meter pada jam 4.00 pagi tadi.

Kawasan baru yang terjejas banjir hari ini ialah Kampung Parit Betong, Parit Othman, Kampung Sengkuang, Sekolah Kebangsaan Sri Comel, Sekolah Kebangsaan Agama Sri Tiga Serangkai, Parit Yusof dan Linau Kecil.

Kawasan yang masih terjejas banjir sejak semalam ialah Kampung Parit Gantung, Parit Lapis Laman dan Parit Sentang Batu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor, Khatijah Abdullah berkata, pihaknya sudah mengagihkan bantuan asas berupa makanan, minuman, bantal dan selimut kepada mangsa banjir.

Orang ramai diminta segera berpindah ke pusat pemindahan yang ditetapkan sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai status terkini banjir di kawasan mereka melalui http://portalbanjir.mkn.gov.my atau Public@Infobanjir pada laman Twitter.
- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat 578 orang

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/jumlah-mangsa-banjir-di-johor-meningkat.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat 578 orang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat 578 orang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger