Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub berkata, penyakit jantung masih menjadi pembunuh nombor satu di kalangan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).
Justeru, beliau menasihatkan masyarakat untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat melalui penjagaan pemakanan dengan diet yang betul dan kerap bersenam kerana hanya dengan berbuat demikian dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit berbahaya itu.
Dr Mohd Azhari berkata, aktiviti larian seumpama itu akan terus dianjurkan pada masa akan datang untuk menggalakkan masyarakat bersenam di samping beriadah bersama keluarga.
Sementara itu, peserta larian Nurul Ain Abdul Rahman, 24, berkata beliau mengikuti acara larian itu untuk turut sama bersenam memandangkan tugasan harian yang sibuk menyukarkan beliau berbuat demikian.
"Walaupun saya suri rumah sepenuh masa namun tiada masa untuk bersenam kerana sibuk menjaga anak yang masih kecil," katanya yang turut ditemani suami, Mohd Amiruddin Halim.
Bagi peserta dari Selayang Linda Ooi, 40, pula berkata kesedaran menjaga kesihatan jantung timbul apabila rakan seusianya menghidap penyakit itu.
"Saya mula prihatin terhadap kesihatan apabila melihat kawan yang menghidap penyakit jantung terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang kadang kala membabitkan kos tinggi," katanya.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
IJN anjur larian didik masyarakat bersenam
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/ijn-anjur-larian-didik-masyarakat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
IJN anjur larian didik masyarakat bersenam
namun jangan lupa untuk meletakkan link
IJN anjur larian didik masyarakat bersenam
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar