Guan Eng didesak jelaskan penurunan prestasi pelaburan Pulau Pinang

Written By Unknown on Selasa, 06 November 2012 | 15.09

GEORGETOWN: Seorang wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan kepada rakyat negeri ini berhubung penurunan dalam prestasi pelaburan baru ke negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, kerajaan negeri harus memberi penjelasan berhubung prestasi pelaburan baru dan kedudukan negeri ini menarik pelaburan yang kini berada di tangga ketujuh.

Katanya, pelaburan baru dan semula ke Pulau Pinang untuk tempoh Januari-Julai tahun ini adalah tidak melebihi RM1.7 bilion dan berita ini amat menyedihkan untuk rakyat Pulau Pinang.

"Ini soalan saya dan sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Dulu dia bangga dengan pencapaian pelaburan sebanyak RM12 bilion pada 2010. Sekarang (Januari-Julai) tidak lebih RM1.7 bilion," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Arif Shah menyuarakan kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan di bawah Guan Eng kerana gagal memberi jawapan kepada soalan yang diajukan.

"Saya berasa amat kecewa kerana tidak terima lagi jawapan soalan dewan sampai hari ini. Tanpa maklumat, perbahasan tidak dapat dilakukan kerana ia seharusnya berdasarkan fakta," katanya.

Arif Shah turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang memboroskan wang rakyat untuk penerbitan Buletin Mutiara demi kepentingan politik dan mempromosi parti masing-masing.
Beliau juga mendakwa kerajaan negeri membelanjakan RM8.5 juta untuk mencetak 11 juta naskhah buletin itu dari tahun 2008 hingga 2012.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Guan Eng didesak jelaskan penurunan prestasi pelaburan Pulau Pinang

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/guan-eng-didesak-jelaskan-penurunan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Guan Eng didesak jelaskan penurunan prestasi pelaburan Pulau Pinang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Guan Eng didesak jelaskan penurunan prestasi pelaburan Pulau Pinang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger