Landasan lanjutan ERL ke KLIA2 siap menjelang akhir Mac tahun depan

Written By Unknown on Selasa, 06 November 2012 | 15.09

SEPANG: Pengendali perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Express Rail Link (ERL) menjangkakan landasan lanjutan sepanjang 2.14 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan siap menjelang akhir Mac tahun depan.

"Projek itu sudah 73.33 peratus siap setakat 31 Oktober tahun ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Noormah Mohd Noor kepada media mengenai lanjutan ERL ke KLIA2 di sini, hari ini.

"Perkhidmatan komersil akan bermula seiring dengan KLIA2 pada Mei tahun depan," katanya.

ERL menjangkakan yang lanjutan laluan baharu itu akan meningkatkan penumpangnya sebanyak 40 peratus, sekali gus menyaksikan pertambahan pendapatan sebanyak 60 peratus, setiap tahun.

Ia pada masa ini mengendalikan lebih 5.3 juta penumpang.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Landasan lanjutan ERL ke KLIA2 siap menjelang akhir Mac tahun depan

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/landasan-lanjutan-erl-ke-klia2-siap.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Landasan lanjutan ERL ke KLIA2 siap menjelang akhir Mac tahun depan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Landasan lanjutan ERL ke KLIA2 siap menjelang akhir Mac tahun depan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger