Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pihaknya menghantar lima jengkaut sejak Sabtu lalu bagi menjalankan kerja-kerja itu di Sungai Tehel, Gapam, Air Panas dan Duyong.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Dalam pada itu, menurut Bilik Gerakan Bencana Negeri, sehingga jam 2.30 petang tadi, seramai 84 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel di sini, satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka sejak negeri itu dilanda banjir awal bulan ini.
Sementara itu, Mohd Ali berkata sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri Melaka bercadang membina dua kolam takungan iaitu di Sungai Bemban dan Air Panas bagi mengatasi bencana banjir.
Katanya, pihaknya sudah memohon peruntukan RM70 juta daripada kerajaan pusat bagi membina kolam takungan berkenaan.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kerja mendalam sungai giat dijalankan atasi masalah banjir di Melaka
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/kerja-mendalam-sungai-giat-dijalankan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kerja mendalam sungai giat dijalankan atasi masalah banjir di Melaka
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kerja mendalam sungai giat dijalankan atasi masalah banjir di Melaka
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar