477 jemaah haji Pantai Timur selamat sampai di LTSM

Written By Unknown on Selasa, 13 November 2012 | 15.09

KUALA TERENGGANU: Seramai 447 jemaah haji dari Pantai Timur selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini melalui penerbangan MAS KT48 pada jam 9.05 pagi ini.

Sebahagian besar jemaah haji berkenaan adalah dari Terengganu manakala sebahagian lagi dari Pahang dan Kelantan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh ketika menyambut jemaah haji berkata, penerbangan terus dari LTSM ke Jeddah ini adalah komitmen kerajaan menyediakan kemudahan kepada jemaah untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Katanya, masyarakat tidak harus melepaskan peluang untuk menunaikan haji melalui lapangan terbang itu kerana segala kemudahan yang disediakan begitu baik dan amat selesa.

"Kita tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kita sudah mempunyai LTSM yang boleh membawa terus jemaah ke Mekah," katanya.

Sementara itu seorang jemaah haji yang baru tiba, Abdul Latif Yusof, 49, ketika ditemui berkata kewujudan perkhidmatan LTSM ini adalah satu kemudahan yang bagus dan patut dimanafaat.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan seumpama ini kerana kita tidak perlu lagi ke KLIA untuk menunaikan haji," katanya.
Seorang lagi jemaah yang ditemui Azizah Awang, 56, dari Kuantan mengucapkan terima kasih kepada Tabung Haji kerana memberikan layanan yang baik.

"Layanan yang diberi Tabung Haji begitu baik sehingga saya selesa mengerjakan fardu haji.

"Saya juga amat gembira kerana boleh menunaikan rukum Islam kelima itu melalui LTSM dan tidak perlu ke KLIA lagi," katanya.

Dua penerbangan membawa pulang jemaah haji melalui lapangan terbang itu di mana yang terakhir pada 23 November yang membawa 447 jemaah yang dijangka tiba pada jam 8.25 pagi.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

477 jemaah haji Pantai Timur selamat sampai di LTSM

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/477-jemaah-haji-pantai-timur-selamat.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

477 jemaah haji Pantai Timur selamat sampai di LTSM

namun jangan lupa untuk meletakkan link

477 jemaah haji Pantai Timur selamat sampai di LTSM

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger