Akauntan dengan Royal Bank of Scotland di Kuala Lumpur, Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya seorang pakar IT, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Rizki, warga Indonesia maut dalam kejadian kebakaran di rumah banglo dua tingkat itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kebakaran di No 299, Lorong 2, Jalan Dato Seri Ahmad, Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini pada 12.24 malam.
"Empat mangsa yang berada di tingkat atas maut dipercayai akibat lemas. Seorang mangsa ditemui di pintu keluar menuju ke balkoni rumah manakala tiga mangsa yang lain ditemui di bilik tidur utama. Ketika pihak kami tiba, rumah itu sudah 50 peratus terbakar. Kebakaran berlaku bermula di bahagian tingkat atas rumah," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata manakala tiga lagi anak pasangan itu, Lokman Hafiz, 13, Ain Najwa, 11 dan Aizad Fahmi, 8, serta bapa dan adik Mohd Hakimi iaitu Zubair@Rubir Puteh, 73, dan Rozita, 31, terselamat dalam kejadian itu.
Katanya mereka berada di tingkat bawah rumah ketika kejadian berlaku dan sempat menyelamatkan diri.
Hasna yang juga ketua operasi memadam dan menyelamat berkata pihaknya turut dibantu oleh jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan operasi ditamatkan pada 2.05 pagi tadi selepas api dapat dikawal.
Katanya punca kebakaran dan nilai kerugian masih disiasat oleh pihak forensik jabatan itu.
Sementara itu, Zubair berkata Mohd Hakimi dan isterinya yang merupakan lulusan University of Liverpool dan berasal dari Jambatan Duyong, Melaka serta anak-anak tiba di rumah pada Jumaat lepas sebelum bercuti sehari semalam di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), Bagan Serai.
Beliau berkata manakala tiga lagi anak pasangan itu, Lokman Hafiz, 13, Ain Najwa, 11 dan Aizad Fahmi, 8, serta bapa dan adik Mohd Hakimi iaitu Zubair@Rubir Puteh, 73, dan Rozita, 31, terselamat dalam kejadian itu.
Katanya mereka berada di tingkat bawah rumah ketika kejadian berlaku dan sempat menyelamatkan diri.
Hasna yang juga ketua operasi memadam dan menyelamat berkata pihaknya turut dibantu oleh jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan operasi ditamatkan pada 2.05 pagi tadi selepas api dapat dikawal.
Katanya punca kebakaran dan nilai kerugian masih disiasat oleh pihak forensik jabatan itu. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kegembiraan bercuti dengan anak bertukar tragedi
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/kegembiraan-bercuti-dengan-anak.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kegembiraan bercuti dengan anak bertukar tragedi
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kegembiraan bercuti dengan anak bertukar tragedi
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar