Ragbi NZ dikendalikan konsortium pada 2013

Written By Unknown on Senin, 12 November 2012 | 15.09

WELLINGTON: Pasukan ragbi Wellington Hurricanes dan Canterbury Crusaders akan dikendalikan pelabur yang dilantik lembaga pengarah organisasi berkenaan bermula tahun depan, manakala Kesatuan Ragbi New Zealand (NZRU) buat julung kalinya akan dikendalikan menerusi milikan persendirian.

NZRU berkata, lesen bagi menguruskan Hurricanes bermula 2013 sudah dianugerahkan kepada konsortium yang menerajui Kesatuan Ragbi Wellington, termasuk beberapa ahli perniagaan berprofil tinggi.

Perjanjian yang dipersetujui dicapai bagi membenarkan sebuah konsortium untuk mengambil alih juara kejohanan ragbi Super sebanyak tujuh kali iaitu Crusaders.

Pemilik baru mempunyai kuasa untuk memilih pemain, memasarkan pasukan mereka, mempromosikan perlawanan, menjual tiket perlawanan dan pendapatan daripada tajaan.

Pada masa sama, NZRU akan mengekalkan milikan jenama pasukan dan membayar gaji pemain serta jurulatih hasil daripada pendapatan penyiaran. - AP


Anda sedang membaca artikel tentang

Ragbi NZ dikendalikan konsortium pada 2013

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/ragbi-nz-dikendalikan-konsortium-pada.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Ragbi NZ dikendalikan konsortium pada 2013

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Ragbi NZ dikendalikan konsortium pada 2013

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger