Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata jumlah pembayaran balik itu melibatkan pinjaman sebanyak RM15 juta.
Ditanya mengenai jumlah peminjam yang menamatkan pengajian dengan keputusan kepujian kelas pertama dan layak mendapat pengecualian bagi pembayaran balik pinjaman, Dr Hou berkata kementerian mengenal pasti seramai 4,430 graduan yang tamat pengajian dari 2005 hingga 2009, layak untuk mendapat pengecualian itu.
Bagaimanapun, katanya, hanya 1,335 graduan yang membuat permohonan bagi pengecualian itu.
"Ini menunjukkan masih berbaki 3,095 peminjam yang layak mendapat pengecualian, belum membuat permohonan. Justeru saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada pelajar itu supaya menghubungi PTPTN untuk urusan seterusnya," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan asal Mohamed berhubung jumlah pecahan pelajar mengikut kaum yang berjaya menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa, Dr Hou berkata pelajar Cina mendapat manfaat paling tinggi iaitu seramai 9,598 peminjam dikecualikan untuk membuat pembayaran balik berikutan mencatatkan pencapaian akademik cemerlang.
Katanya jumlah berkenaan diikuti graduan Melayu dengan 2,929 orang, India (506) dan baki 159 lagi terdiri daripada graduan pelbagai kaum. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Diskaun: 2,962 peminjam PTPTN buat bayaran balik penuh
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/diskaun-2962-peminjam-ptptn-buat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Diskaun: 2,962 peminjam PTPTN buat bayaran balik penuh
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Diskaun: 2,962 peminjam PTPTN buat bayaran balik penuh
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar