Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin berkata mangsa, S Suresh Raja, 37, beralamat di 2-1-1 Lintang Sungai Batu, Taman Teluk Kumbar di sini maut ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di pinggang dan bahu.
"Dalam pertengkaran itu, saksi melihat seorang daripada lelaki yang bertengkar dengan mangsa bertindak menikamnya menggunakan sebilah pisau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, selepas kejadian itu, dua lelaki bersama wanita berkenaan melarikan diri dengan sebuah Proton Wira biru dengan nombor pendaftaraan PCW 6714.
Hatta berkata, mangsa yang masih mampu berjalan kemudiannya masuk ke kawasan kilang sebelum terjatuh di bawah pokok iaitu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
"Pengawal keselamatan itu kemudian menghubungi ambulans dan ketika mangsa dibawa ke hospital, dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam proses bercerai dengan isterinya.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pemandu bas kilang maut ditikam
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/pemandu-bas-kilang-maut-ditikam.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pemandu bas kilang maut ditikam
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pemandu bas kilang maut ditikam
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar