Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata pengguna kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go dan SmartTAG akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 13 November ini sempena Deepavali.
"Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari tanpa tempoh terhad dan tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.
Pengguna yang layak boleh menuntut rebat tol apabila menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac 2013 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
PLUS beri rebat tol
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/plus-beri-rebat-tol.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PLUS beri rebat tol
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar