Najib terima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi

Written By Unknown on Kamis, 01 Agustus 2013 | 15.09

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi, di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam pertemuan hampir satu jam itu mereka membincangkan antara lain mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Sebelum kunjungan itu, Wang Yi mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra di sini.

Wang Yi berada di Malaysia dalam lawatan sulungnya sehari ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac lepas bersama enam anggota delegasi.

Lawatan itu juga mencerminkan kepentingan berterusan China terhadap hubungan dengan Malaysia dengan perdagangan dan kerjasama ekonomi menjadi aspek utama dalam hubungan ini.

Perkembangan kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang lain seperti kebudayaan, pelancongan, pendidikan, pertahanan, penguatkuasaan undang-undang, sains dan teknologi turut menyumbang ke arah hubungan yang lebih dinamik antara kedua-dua negara.

Hubungan diplomatik Malaysia dan China bakal mencecah 40 tahun pada 2014.
-BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Najib terima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/08/najib-terima-kunjungan-menteri-luar.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Najib terima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Najib terima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger