Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh, berkata hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu premis berkenaan pada jam1.30 pagi ini.
Beliau berkata, selepas pemeriksaan polis mendapati dua daripada yang ditahan itu adalah anggota polis yang bertugas di negeri ini dan seorang daripadanya didapati tidak hadir tugas sejak dua bulan lalu.
"Seorang lagi anggota yang masih dalam tugas manakala rakannya memang dicari kerana gagal hadir bertugas sejak dua bulan lalu. Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.'
Nasir berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis perjudian berkenaan.
"Kita turut merampas 21 set komputer, tiga unit simulator dan wang tunai RM630 dalam operasi itu," katanya.
Katanya, semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Dua anggota polis antara 23 ditahan sedang berjudi
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/08/dua-anggota-polis-antara-23-ditahan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Dua anggota polis antara 23 ditahan sedang berjudi
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Dua anggota polis antara 23 ditahan sedang berjudi
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar